MUQADDIMAH

PERSATUAN JEMAAH ISLAM & HALAQAH DAKWAH 
(JIHAD) MALAYSIA.


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala Puji-Pujian Bagi ALLAH Pemilik Sekalian Alam.
Selawat dan Salam atas junjungan kita 
Mursyidil Kamil Rasulullah SAW.


JIHAD adalah singkatan dari Jemaah Islam dan Halaqah Dakwah iaitu J singkatan perkataan Jemaah, I singkatan perkataan Islam, HA singkatan perkataan Halaqah dan D singkatan perkataan Dakwah. 
               
Perkataan JEMAAH berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud Persatuan. Skala Jemaah di sini lebih memfokuskan kepada Komuniti masyarakat majmuk yang beragama ISLAM. Perkataan HALAQAH juga berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud Kumpulan atau sinonimnya USRAH. Dalam terjemahannya di sini lebih memberi pengertian kepada kumpulan pergerakan DAKWAH.  
                
Kesimpulannya, maksud PERSATUAN JEMAAH ISLAM DAN HALAQAH DAKWAH dapat dirumus sebagai Wadah Penyatuan dan Perpaduan yang berasaskan Ukhuwwah dan Silaturrahim sesama umat Islam melalui Penyelidikan dan Pembangunan Sains Dakwah yang berlandaskan Iktiqad Ahlus Sunnah wal Jama’ah sebagai ukuran dan pegangan terhadap Kesatuan dan Pergerakan Alternatif umat Islam di Malaysia.
               
Alhamdulillah, JIHAD Malaysia telah berjaya DIDAFTARKAN secara RASMI dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Logo JIHAD Malaysia
















Lencana JIHAD Malaysia
















Bendera JIHAD Malaysia
















Surat Kelulusan daftar JIHAD Malaysia
















Sijil JIHAD Malaysia
















Keahlian JIHAD Malaysia kini dibuka untuk pendaftaran
















Sila Muat Turun atau Cetak  Borang Keahlian JIHAD Malaysia