PERSATUAN JEMAAH ISLAM & HALAQAH DAKWAH
(JIHAD) MALAYSIA.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala Puji-Pujian Bagi ALLAH Pemilik Sekalian Alam.
Selawat dan Salam atas junjungan kita
Mursyidil Kamil
Rasulullah SAW.
JIHAD adalah singkatan dari Jemaah Islam dan
Halaqah Dakwah iaitu J singkatan perkataan Jemaah, I
singkatan perkataan Islam, HA singkatan perkataan Halaqah
dan D singkatan perkataan Dakwah.
Perkataan JEMAAH
berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud Persatuan. Skala Jemaah di sini
lebih memfokuskan kepada Komuniti masyarakat majmuk yang beragama ISLAM.
Perkataan HALAQAH juga berasal daripada perkataan Arab yang membawa
maksud Kumpulan atau sinonimnya USRAH. Dalam terjemahannya di sini lebih
memberi pengertian kepada kumpulan pergerakan DAKWAH.
Kesimpulannya, maksud PERSATUAN
JEMAAH ISLAM DAN HALAQAH DAKWAH dapat dirumus sebagai Wadah Penyatuan
dan Perpaduan yang berasaskan Ukhuwwah dan
Silaturrahim sesama umat Islam melalui Penyelidikan dan
Pembangunan Sains Dakwah yang berlandaskan Iktiqad Ahlus Sunnah
wal Jama’ah sebagai ukuran dan pegangan terhadap Kesatuan dan Pergerakan
Alternatif umat Islam di Malaysia.
Alhamdulillah, JIHAD Malaysia telah berjaya DIDAFTARKAN secara RASMI dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Logo JIHAD Malaysia
Lencana JIHAD Malaysia
Bendera JIHAD Malaysia
Surat Kelulusan daftar JIHAD Malaysia
Sijil JIHAD Malaysia
Keahlian JIHAD Malaysia kini dibuka untuk pendaftaran
Sila Muat Turun atau Cetak Borang Keahlian JIHAD Malaysia
No comments:
Post a Comment